Assalamualaikum & Salam sejahtera semua..
Hari ni MamaCikbal nak share resipi paling senang & mudah utuk ibu-ibu yg berkerja macam saya ni. Petang balik kerja mesti ibu-ibu penat kan. So boleh cuba resipi ni untuk makan malam bersama insan tersayang.
Bahan:
1. Ikan(Saya guna ikan kerapu)
2. 1 biji bawang besar (dimayang)
3. 3 ulas bawang putih (di potong halus)
4. Halia dalm 2-3 cm (di potong halus)
5. Serai di ketuk
6. Lada halus (ikut suka,kalau suka pedas blh letak banyak)
7. 1 gelas air asam jawa
8. Limau nipis (diperah last sekali)
9. Garam
Cara2:
Saya masukkan je semua bahan kecuali limau nipis. Pastu saya masukkan dalam periuk menggunakan induction cooker. Saya pilih function 'Hot Pot'. Dalam 15 minit dh siap, perahkan asam limau. Yummy....
Sebenarnya best guna induction cooker ni sebab jimat masa dan tenaga. Saya perasan, bila guna induction cooker, makanan sekejap je dah masak. Best kan!!!
Ini la dia bahan2nya. Limau nipis tiada dlm gambar sbb lupa. |
Inila induction cooker yang saya selalu guna. Walaupun dapur gas ada tp tetap suka guna induction cooker ni. |