Wednesday, September 30, 2015

Ubahsuai Baju Kurung Kepada Baju Kurung Menyusu

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...

Hari ni saya nak kongsi sesuatu kepada ibu2 yang menyusukan anak.
Korang ada tak baju kurung biasa yang tak pakai sebab susah nak menyusukan bayi anda?
Saya percaya ramai ibu2 menyusukan bayi dan pada masa yang sama ingin tampil elegan dengan berbaju kurung.

Meh saya share cara nak ubahsuai baju kurung anda kepada baju kurung menyusu dengan mudah.

Bahan2 Yang diperlukan:
1. Baju kurung
2. Zip* (dalam 10 inci)
3. Gunting kain
4. Pembaris
5. Mesin Jahit dan Mesin Kelim**

*Zip ni ada banyak jenis. Boleh guna zip biasa, zip jaket dan zip sorok. Yang saya guna ni zip jaket.

**Kalau tiada mesin jahit atau tak reti guna boleh cuba jahit tangan tapi penat sikit kot.

Cara2nya boleh refer caption pada gambar ye.

Ini baju kurung asal yang belum diubahsuai.

Ambil zip dan tandakan panjang baju yang akan dipotong.
Tandakan sehingga 2inchi melebihi panjang zip.
Kalau zip 10inc, tandakan 12inc.

Bila dah potong, kelim bahagian tersebut.

Mulakan jahitan dari bahagian bawah zip.

Teruskan jahitan ke keliling zip.
*Gunakan tapak zip.

Proses jahitan keliling zip.

Tadaaaaaa.....Dah siap! =)

Selamat mencuba!!!
Untuk tempahan? Boleh wasap adik saya di 019-7522306 (Tia Sabri)

Tuesday, September 29, 2015

Sakit Sendi Kerana Makan Daging???

Pernah dengar tak kaitan makan daging dengan sakit sendi?
Pernah dengar tak orang sakit gout tak boleh makan daging?
Boleh cuba kurangkan atau hilangkan sakit sendi itu dengan AJHT Shaklee.
Belum cuba belum tahu.
Baiti 013.480.7930

Banglo Mewah Untuk Dijual Di Pak Madah Terengganu

Assalamualaikum...

Tumpang iklan jap... Rumah banglo untuk dijual...
Banglo mewah untuk DIJUAL dia Kg Pak Madah Kuala Terengganu.

Berikut adalah butir2 banglo tersebut:
* Harga RM380K (nego)
* Keluasan 2000 kaki persegi
* 4 Bilik Tidur 3 Bilik air
* Terletak 3KM dari jalan utama Kuala Terengganu-Kuala Berang

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
<3 Baiti 013-4807930
<3 Din   013-4267930

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang

Pandangan Belakang 2

Pandangan Sisi Tepi

Pandangan Sisi Tepi

Dapur Basah

Koridor Bilik

Koridor Bilik 2

Bilik Utama

Ruang Tamu

Ruang Tamu 2

Tandas Bilik Utama

Tandas

Monday, September 7, 2015

Tips Elak Anak berebut mainan

Mesti ramai ibu bapa yang pening apabila anak2 selalu berebut mainan kan? Saya juga mengalami masalah yang sama. 

Di sini saya nak kongsikan cara menagatasi masalah saya dan ibu bapa lain tentang permasalahan ini.

1. Bagi mereka main permainan yang memerlukan 2 orang atau lebih pemain seperti:

Main jual-jual.
Permainan ini memerlukan seorang menjadi jurujual dan seorang (atau lebih) lagi menjadi pembeli.
Contoh mainan yang boleh didapati di internet dengan mudah.


Main doktor & pesakit.
Permainan ini memerlukan seorang menjadi doktor dan seorg (atau lebih) lagi menjadi pesakit.
Contoh permainan yang boleh di beli di internet dengan mudah atau boleh dapatkannya di kedai ECO (RM2)


Main Cikgu-cikgu.
Saya sendiri suka main permainan ini sewaktu kecil. Bagi mereka buku2 yang boleh di tulis apa sahaja. Jadikan anak paling besar sebagai cikgu/guru dan yang lain jadikan sebagai murid/pelajar.
Kalau ada buku2 atau diari2 lama boleh bai mereka untuk bermain cikgu-cikgu ni.


2. Bagi mereka main permainan yang sama jenis. 
Contoh paling mudah ialah bermain dengan playdoh. Tak tau mana nak cari playdoh yang selamat untuk anak2? Mudah je, kita buat sendiri playdoh. Bolek KLIK DI SINI untuk cara2 membuat playdoh.

Tuesday, September 1, 2015

How to Download Video from Youtube / Cara Download Video dari Youtube

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana nak save / download video dari Youtube kan?
Meh saya ajarkan beberapa cara mudah untuk save / download video dari Youtube ni.

1. Buka Youtube dan search nama video yang kita nak download. Untuk contoh ni saya search lagu Maher Zain - Never Forget.

2. Bila dah kuar video yang kita search tadi, pergi kat link tab atas tu dan tambahkan 'ss' selepas http://www.  dan dia akan jadi lebih kurang camni http://www.ssyoutube.com/bla bla bla

3. Selepas tu akan kuar page baru untuk download / save file video tersebut.



4. Last sekali tekan 'Download' dan secara otomatik file itu akan terdownload =).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...