Hari ni saya nak kongsi sesuatu kepada ibu2 yang menyusukan anak.
Korang ada tak baju kurung biasa yang tak pakai sebab susah nak menyusukan bayi anda?
Saya percaya ramai ibu2 menyusukan bayi dan pada masa yang sama ingin tampil elegan dengan berbaju kurung.
Meh saya share cara nak ubahsuai baju kurung anda kepada baju kurung menyusu dengan mudah.
Bahan2 Yang diperlukan:
1. Baju kurung
2. Zip* (dalam 10 inci)
3. Gunting kain
4. Pembaris
5. Mesin Jahit dan Mesin Kelim**
*Zip ni ada banyak jenis. Boleh guna zip biasa, zip jaket dan zip sorok. Yang saya guna ni zip jaket.
**Kalau tiada mesin jahit atau tak reti guna boleh cuba jahit tangan tapi penat sikit kot.
Cara2nya boleh refer caption pada gambar ye.
Ini baju kurung asal yang belum diubahsuai. |
Ambil zip dan tandakan panjang baju yang akan dipotong. Tandakan sehingga 2inchi melebihi panjang zip. Kalau zip 10inc, tandakan 12inc. |
Bila dah potong, kelim bahagian tersebut. |
Mulakan jahitan dari bahagian bawah zip. |
Teruskan jahitan ke keliling zip. *Gunakan tapak zip. |
Proses jahitan keliling zip. |
Tadaaaaaa.....Dah siap! =) |
Selamat mencuba!!!
Untuk tempahan? Boleh wasap adik saya di 019-7522306 (Tia Sabri)
Untuk tempahan? Boleh wasap adik saya di 019-7522306 (Tia Sabri)
No comments:
Post a Comment