Monday, September 7, 2015

Tips Elak Anak berebut mainan

Mesti ramai ibu bapa yang pening apabila anak2 selalu berebut mainan kan? Saya juga mengalami masalah yang sama. 

Di sini saya nak kongsikan cara menagatasi masalah saya dan ibu bapa lain tentang permasalahan ini.

1. Bagi mereka main permainan yang memerlukan 2 orang atau lebih pemain seperti:

Main jual-jual.
Permainan ini memerlukan seorang menjadi jurujual dan seorang (atau lebih) lagi menjadi pembeli.
Contoh mainan yang boleh didapati di internet dengan mudah.


Main doktor & pesakit.
Permainan ini memerlukan seorang menjadi doktor dan seorg (atau lebih) lagi menjadi pesakit.
Contoh permainan yang boleh di beli di internet dengan mudah atau boleh dapatkannya di kedai ECO (RM2)


Main Cikgu-cikgu.
Saya sendiri suka main permainan ini sewaktu kecil. Bagi mereka buku2 yang boleh di tulis apa sahaja. Jadikan anak paling besar sebagai cikgu/guru dan yang lain jadikan sebagai murid/pelajar.
Kalau ada buku2 atau diari2 lama boleh bai mereka untuk bermain cikgu-cikgu ni.


2. Bagi mereka main permainan yang sama jenis. 
Contoh paling mudah ialah bermain dengan playdoh. Tak tau mana nak cari playdoh yang selamat untuk anak2? Mudah je, kita buat sendiri playdoh. Bolek KLIK DI SINI untuk cara2 membuat playdoh.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...