Assalamualaikum...
Mamacikbal baru boleh menaip pasal Batuk Kokol @ Petusis ni. Serius sebelum ni tak pernah dengar langsung pasal penyakit ni. Bila kena kat anak sendiri, barula nak bertanya sana sini termasuk la En Google.
Batuk Kokol ni org tua dulu2 panggil batuk 40 hari. Tak sure kenapa mungkin sebab batuk ni ambil masa 40 hari utk sembuh atau serangan ni terkena pada bayi yang masih dlm pantang (40 hari).
Simptom Batuk Kokol
Anak saya yang terkena jangkita ni anak no 4. Simptom2 yang saya ceritakan ni bukan dari En Google tapi pengalaman anak saya sendiri - Nurfakhriyyah (Iyya).
Mula2 Iyya demam pada hari hari Ahad. Lepas tu dia selesema dan sedikit batuk. Waktu tu umur dia 56 hari. Gi klinik doc sarankan amik nebulizer. Neb pulak setiap 4 jam. Pada hari Khamis, Iyya lembik je. Tak nangis, tak batuk, tak selesema. Cuma tidur je, padahal dia tak mcm tu sebelum ni. Petang Khamis tu terus gi Klinik Intan di Paloh. Doc kata paru2 dia ada jangkitan dan suruh ke hospital segera. Siap suruh naik ambulans sebab takut saya tak bawak Iyya ke Hospital. Saya kata saya akan ke hospital sendiri sbb nak blk kemas baju dan solat Maghrib dlu (perasaan Iyya kene warded tu tinggi).
........Nanti saya sambung cerita ni lagi...maklumla Mamacikbal ni dah anak 4, masa agak terhad. Thanks kerana sudi membaca ye.
No comments:
Post a Comment