Sunday, October 18, 2015

Obses dengan Breastpump???

Hai, malu nak cerita tapi itu lah hakikatnya...
Sejak menjadi Mama dari tahun 2010, saya memang obses dengan breastpump. Dari yang manual sampai la yang elektrik.

Senarai Breastpump yang pernah saya miliki:

  • Spectra 3
  • Avent 3 in 1 (Manual, Baterry & Electric)
  • Pureen (Manual)
  • Malish Aria
  • Medela Harmony (Manual)


Kalau nak saya rekomen pam mane satu yang best (based on pengalaman saya la), untuk electrik saya suggest pam Malish Aria dan Manual plak pam Medela Harmony.

Wednesday, October 14, 2015

Bimbang lapar ketika berpuasa & menyusu bayi ?

Anda ingin berpuasa tapi menyusukan bayi?
Anda risau lapar ketika berpuasa?

Jangan risau, saya boleh tolong anda atasi masalah ini.

Saya juga seorang ibu yang masih menyusukan bayi. Saya bekerja dan ingin menggantikan puasa selama 20 hari (tinggal kerana berpantang).

Saya cuba bersahur dengan makanan Shaklee dan juga makanan sunnah iaitu buah kurma. Hasilnya saya langsung tidak berasa penat berpuasa walaupun saya melakukan sesi  mengepam sebanyak 3 kali di pejabat. Perasaan lapar pulak dekat nak berbuka baru terasa.

Apa yang saya makan ketika bersahur?
ESP+Cinch Shake Coffe Latte
B-complex
Vitalea
Vitamin C
Kurma

Alhamdulillah...semua dengan izin Allah jua.

Anda pun boleh cuba nanti ye.
0134807930 Baiti
#ShakleeTerengganu #Shaklee #SayaJualShaklee #SetBersahurShaklee #SetMenyusuShaklee #CodShakleeTerengganu #CodShakleeKualaTerengganu #CodShakleeGongBadak #CodShakleeMarang

Wednesday, October 7, 2015

PROMOSI SHAKLEE OKTOBER 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bulan ini Shaklee menawarkan promosi berikut:


  • Omega Guard - Beli 6 percuma 1
  • Omega Guard - Beli 2 dengan diskaun 5%
  • GLA Complex - Beli 6 percuma 1
  • GLA Complex - Beli 2 dengan diskaun 5%
  • Vita-E Complex - Beli 2 dengan diskaun 50% (beli 1 percuma 1)

Sebarang Pertanyaan: 013-4807930
COD Marang, Kuala Terengganu & Gong Badak.
Pos ke seluruh Malaysia.




Sunday, October 4, 2015

Kopi ala Starbuck

Salam 1 Malaysia...Hehehe...
Entry ni khas saya tujukan kepada ex-ofismate di KL bernama Aini @ Ciksha. Walaupun dah ex-ofismate tapi tetap kawan sampai mati tau..muahciked! Haha..

Oleh kerana Ciksha ni suka beno dengan kopi dan suke beno dengan Terengganu, saya nak tunjuk gambar2 nih pada dia. biar dia pindah terus ke Terengganu. Hahaha...
Nama kedai ni Kowa (dalam jawi: Qaf Alif Wau Alif). Dalam bahasa disebut Kahwa yang bermaksud kawa (kopi). Nenek saya panggil kopi yang belum dibancuh ni kawa. Uniknya kedai ni dibina dengan menggunakan 2 buah kontena (1 atas & 1 bawah). Yang paling best, kopi kedai ni setanding dengan kopi Starbucks malah lagi sedap kot dari starbucks--> orang kata la sebab saya tak pernah rasa kopi starbucks tu. Hihi...

Kepada Ciksha, mehla datang Terengganu, nanti saya bawak datang sini ye.


Ni view dari depan kedai dia.

Nah selfie di sana. Separuh dah la...hahaha
Jajan 2 biji =)
Antara yang kami order. Nampak sama tapi jenis lain2.


Kami take away 2 bungkus.

Thursday, October 1, 2015

Pengalaman Bersalin - Part 1

Assalamualaikum...
Baru tergerak hati dan rajin untuk kongsikan pengalaman bersalin. Entry kali ni saya nak cerit pasal pengalaman bersalin yang pertama (opkos la baby 1st kan)...Hehe...

Sepanjang hamil anak pertama ni,memang tak dinafikan la excited sangat sangat sangat. Siap beli susu anmum perisa coklat lagi sebagai makanan tambahan tapi sekitak susu tu pon tak habis sampai la bersalin, masa tu belum bercinta lagi dengan Shaklee...hehehe...

Semasa hamil minggu ke 36,saya cuma sediakan sedikit baju2 & barang2 baby yg tak banyak mana. Sebab masa tu pikir macam lambat lg je nk bersalin. Dalam kepala mesti baby nk keluar minggu ke 40. Hahaha... Sekali dia kuar awal 10 hari iaitu minggu ke 38++. Kalut jugak la, sebab ingatkan nk bersalin kat Terengganu, tapi tak sempat pulang ke kampung halaman.

Berbalik kepada cerita nak bersalin tadi. Pada minggu ke 36 tu ditakdirkan saya sakit perut memulas2. Kejutkn husben yang sedang lena pukul 2 pagi. Takot jugak kang tak sempat sampai hospital. Sampai je kat lobby DEMC (Darul Ehsan Medical Centre), nurse suruh duduk atas wheelchair. Malu jugak mase tu sebab 1st time naik kerusi tu. Hehehe... Nurse tolak sampai la ke labour room. Tunggu doc datang dlm setengah jam, cek CGI (betol ke term ni) doc kata contraction dh ad tp belum masanya lagi. Rupanya contraction sebab sakit perut (false contraction). Memang siang tu saya salit perut & cirit birit sikit. Lepas tu doc suruh balik rumah. Datang semula bila tanda nak bersalin datang lagi.

Semakin dekat nak bersalin, semakin aktif plak baby duk dalam perut tu. Dia bergerak macam tengah main bola je dalam tuh. Malam 2 hb Dec 2010, dia punya aktif tu sampai senak perut saya. Lepas pukul 10, dia diam. Tido kot sebab penat 'main' dalam perut. Maka bermula lah debaran bersalin tu apabila pukul 1.30 pagi 3 hb Dec 2010 tu saya rasa macam terkencing dalam seluar. Rupanya air ketuban pecah. Air tu keluar sikit2 je, takde la sampai banjir katil. Memang tak buang masa dah, terus gi DEMC. Doc suruh rehat kat wad biasa dulu sebab contraction belum ada, cuma nak monitor banyak mana air ketuban tu keluar.

Pukul 6 pagi 3 hb Dec 2010 solat subuh macam biasa. Suami masih di sisi tapi dia tetap nak ke tempat kerja kerana takut nak apply cuti. Poyo kan? Hahaha... Mujur la kakak saya dtg menemani kat wad hari tu. Tq kakak, rela ponteng kerja sebab nk teman adikmu ini. Hehehe...pukul 10pagi nurse masukkan ubat (induce) sebab takot air ketuban dh kering. Lepas tu mulalah episod sakit contraction. Memang sakit Tuhan je yang tahu.

Mesej husben, suruh dia balik sebab takot tak sempat dia balik. Nanti kang beranak sorang2 plak. Dia kata nk balik lepas solat Jumaat. Mujur masa tu tak beranak lagi. Hihi... Mula2 contraction setiap 30 minit. Masa tu pun dah tak tahan. Terpikir nk mintak epidural tapi tak tau nak ckp cmna kat nurse. Last2 nurse cucuk kat peha. Ubat tu buatkan rasa nak tido. Memang tertido tapi masa contraction datang memang bulat je biji mata ni haaaa. Pukul 3 suami dah sampai kat hospital. Nurse tolak masuk labour room.

Kat situ dia punya berdebar2 lain macam je. Hahaha... Palung tak tahan boleh plak kaki cramp masa nak beranak. Gigih nurse tu betulkan kaki ni. Pukul 4.30 ptg doc datang cek jalan. Dah 6cm. Berdebar lagi. Sakit setiap 10 minit plak. Pukul 4.45 ptg contraction setiap 5 minit sampai la puteri kami keluar pada pukul 5.17 ptg. Mujur la kecik je budak ni. 2.30kg. Alhamdulillah syukur sangat.

Terima kasih buat suami yang menemani. Hihi. Ok la, nanti saya sambung pengalaman bersalin anak ke dua dan ke tiga plak ye. Hehehe...

Twin Stroller Untuk Dijual / Let Go

Assalamualaikum...

Saya rasa nak jual la stroller twin halford ni...
Sebabnya dah tak pakai...pakai pun mase gi jalan jauh2 je...

Harga beli dalam RM700++...nak jual murah2 je...
Pakai tak sampai 10 kali...
Self pick up di Shah Alam...

PM saya jika berminat: 0134807930 Baiti
Cepatnye masa berlalu...sekarang Yaya dah ade adik dah...Kakak pun dh 5 tahun...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...