Tuesday, December 8, 2015

Promosi Shaklee Disember 2015

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...
.
Selamat datang Disember. Bulan terakhir untuk 2015. Promosi Shaklee juga pastinya yang terbaik utk anda!!!
♡ Lecithin
♡ Collagen Powder
♡ Vitalea for Children
Dapatkan harga terbaik dari saya 0134807930 Baiti


Monday, November 30, 2015

Suratan Takdir

Assalamualaikum warga blogger...
Saje je test meluahkan perasaan kat sini. Hahaha nak feeling2 sket. Setiap ketentuan Allah, tidak kira baik atau tidak untuk kita, pasti ada HIKMAH disebaliknya.
Mungkin kita belum nampak HIKMAH tersebut, siapa tahu HIKMAH tersebut akan muncul di kemudian hari? BERSANGKA BAIK la dengan Allah. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.
Ingatan untuk diri sendiri, jika rasa sedih dengan sesuatu ketentuan itu, fikir lah pasti ada hikmah disebaliknya. Cuba dan cuba berfikiran positif. Bak orang Terengganu kata, "Senyum Sokmo" okeh!!!

Sunday, October 18, 2015

Obses dengan Breastpump???

Hai, malu nak cerita tapi itu lah hakikatnya...
Sejak menjadi Mama dari tahun 2010, saya memang obses dengan breastpump. Dari yang manual sampai la yang elektrik.

Senarai Breastpump yang pernah saya miliki:

  • Spectra 3
  • Avent 3 in 1 (Manual, Baterry & Electric)
  • Pureen (Manual)
  • Malish Aria
  • Medela Harmony (Manual)


Kalau nak saya rekomen pam mane satu yang best (based on pengalaman saya la), untuk electrik saya suggest pam Malish Aria dan Manual plak pam Medela Harmony.

Wednesday, October 14, 2015

Bimbang lapar ketika berpuasa & menyusu bayi ?

Anda ingin berpuasa tapi menyusukan bayi?
Anda risau lapar ketika berpuasa?

Jangan risau, saya boleh tolong anda atasi masalah ini.

Saya juga seorang ibu yang masih menyusukan bayi. Saya bekerja dan ingin menggantikan puasa selama 20 hari (tinggal kerana berpantang).

Saya cuba bersahur dengan makanan Shaklee dan juga makanan sunnah iaitu buah kurma. Hasilnya saya langsung tidak berasa penat berpuasa walaupun saya melakukan sesi  mengepam sebanyak 3 kali di pejabat. Perasaan lapar pulak dekat nak berbuka baru terasa.

Apa yang saya makan ketika bersahur?
ESP+Cinch Shake Coffe Latte
B-complex
Vitalea
Vitamin C
Kurma

Alhamdulillah...semua dengan izin Allah jua.

Anda pun boleh cuba nanti ye.
0134807930 Baiti
#ShakleeTerengganu #Shaklee #SayaJualShaklee #SetBersahurShaklee #SetMenyusuShaklee #CodShakleeTerengganu #CodShakleeKualaTerengganu #CodShakleeGongBadak #CodShakleeMarang

Wednesday, October 7, 2015

PROMOSI SHAKLEE OKTOBER 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bulan ini Shaklee menawarkan promosi berikut:


  • Omega Guard - Beli 6 percuma 1
  • Omega Guard - Beli 2 dengan diskaun 5%
  • GLA Complex - Beli 6 percuma 1
  • GLA Complex - Beli 2 dengan diskaun 5%
  • Vita-E Complex - Beli 2 dengan diskaun 50% (beli 1 percuma 1)

Sebarang Pertanyaan: 013-4807930
COD Marang, Kuala Terengganu & Gong Badak.
Pos ke seluruh Malaysia.




Sunday, October 4, 2015

Kopi ala Starbuck

Salam 1 Malaysia...Hehehe...
Entry ni khas saya tujukan kepada ex-ofismate di KL bernama Aini @ Ciksha. Walaupun dah ex-ofismate tapi tetap kawan sampai mati tau..muahciked! Haha..

Oleh kerana Ciksha ni suka beno dengan kopi dan suke beno dengan Terengganu, saya nak tunjuk gambar2 nih pada dia. biar dia pindah terus ke Terengganu. Hahaha...
Nama kedai ni Kowa (dalam jawi: Qaf Alif Wau Alif). Dalam bahasa disebut Kahwa yang bermaksud kawa (kopi). Nenek saya panggil kopi yang belum dibancuh ni kawa. Uniknya kedai ni dibina dengan menggunakan 2 buah kontena (1 atas & 1 bawah). Yang paling best, kopi kedai ni setanding dengan kopi Starbucks malah lagi sedap kot dari starbucks--> orang kata la sebab saya tak pernah rasa kopi starbucks tu. Hihi...

Kepada Ciksha, mehla datang Terengganu, nanti saya bawak datang sini ye.


Ni view dari depan kedai dia.

Nah selfie di sana. Separuh dah la...hahaha
Jajan 2 biji =)
Antara yang kami order. Nampak sama tapi jenis lain2.


Kami take away 2 bungkus.

Thursday, October 1, 2015

Pengalaman Bersalin - Part 1

Assalamualaikum...
Baru tergerak hati dan rajin untuk kongsikan pengalaman bersalin. Entry kali ni saya nak cerit pasal pengalaman bersalin yang pertama (opkos la baby 1st kan)...Hehe...

Sepanjang hamil anak pertama ni,memang tak dinafikan la excited sangat sangat sangat. Siap beli susu anmum perisa coklat lagi sebagai makanan tambahan tapi sekitak susu tu pon tak habis sampai la bersalin, masa tu belum bercinta lagi dengan Shaklee...hehehe...

Semasa hamil minggu ke 36,saya cuma sediakan sedikit baju2 & barang2 baby yg tak banyak mana. Sebab masa tu pikir macam lambat lg je nk bersalin. Dalam kepala mesti baby nk keluar minggu ke 40. Hahaha... Sekali dia kuar awal 10 hari iaitu minggu ke 38++. Kalut jugak la, sebab ingatkan nk bersalin kat Terengganu, tapi tak sempat pulang ke kampung halaman.

Berbalik kepada cerita nak bersalin tadi. Pada minggu ke 36 tu ditakdirkan saya sakit perut memulas2. Kejutkn husben yang sedang lena pukul 2 pagi. Takot jugak kang tak sempat sampai hospital. Sampai je kat lobby DEMC (Darul Ehsan Medical Centre), nurse suruh duduk atas wheelchair. Malu jugak mase tu sebab 1st time naik kerusi tu. Hehehe... Nurse tolak sampai la ke labour room. Tunggu doc datang dlm setengah jam, cek CGI (betol ke term ni) doc kata contraction dh ad tp belum masanya lagi. Rupanya contraction sebab sakit perut (false contraction). Memang siang tu saya salit perut & cirit birit sikit. Lepas tu doc suruh balik rumah. Datang semula bila tanda nak bersalin datang lagi.

Semakin dekat nak bersalin, semakin aktif plak baby duk dalam perut tu. Dia bergerak macam tengah main bola je dalam tuh. Malam 2 hb Dec 2010, dia punya aktif tu sampai senak perut saya. Lepas pukul 10, dia diam. Tido kot sebab penat 'main' dalam perut. Maka bermula lah debaran bersalin tu apabila pukul 1.30 pagi 3 hb Dec 2010 tu saya rasa macam terkencing dalam seluar. Rupanya air ketuban pecah. Air tu keluar sikit2 je, takde la sampai banjir katil. Memang tak buang masa dah, terus gi DEMC. Doc suruh rehat kat wad biasa dulu sebab contraction belum ada, cuma nak monitor banyak mana air ketuban tu keluar.

Pukul 6 pagi 3 hb Dec 2010 solat subuh macam biasa. Suami masih di sisi tapi dia tetap nak ke tempat kerja kerana takut nak apply cuti. Poyo kan? Hahaha... Mujur la kakak saya dtg menemani kat wad hari tu. Tq kakak, rela ponteng kerja sebab nk teman adikmu ini. Hehehe...pukul 10pagi nurse masukkan ubat (induce) sebab takot air ketuban dh kering. Lepas tu mulalah episod sakit contraction. Memang sakit Tuhan je yang tahu.

Mesej husben, suruh dia balik sebab takot tak sempat dia balik. Nanti kang beranak sorang2 plak. Dia kata nk balik lepas solat Jumaat. Mujur masa tu tak beranak lagi. Hihi... Mula2 contraction setiap 30 minit. Masa tu pun dah tak tahan. Terpikir nk mintak epidural tapi tak tau nak ckp cmna kat nurse. Last2 nurse cucuk kat peha. Ubat tu buatkan rasa nak tido. Memang tertido tapi masa contraction datang memang bulat je biji mata ni haaaa. Pukul 3 suami dah sampai kat hospital. Nurse tolak masuk labour room.

Kat situ dia punya berdebar2 lain macam je. Hahaha... Palung tak tahan boleh plak kaki cramp masa nak beranak. Gigih nurse tu betulkan kaki ni. Pukul 4.30 ptg doc datang cek jalan. Dah 6cm. Berdebar lagi. Sakit setiap 10 minit plak. Pukul 4.45 ptg contraction setiap 5 minit sampai la puteri kami keluar pada pukul 5.17 ptg. Mujur la kecik je budak ni. 2.30kg. Alhamdulillah syukur sangat.

Terima kasih buat suami yang menemani. Hihi. Ok la, nanti saya sambung pengalaman bersalin anak ke dua dan ke tiga plak ye. Hehehe...

Twin Stroller Untuk Dijual / Let Go

Assalamualaikum...

Saya rasa nak jual la stroller twin halford ni...
Sebabnya dah tak pakai...pakai pun mase gi jalan jauh2 je...

Harga beli dalam RM700++...nak jual murah2 je...
Pakai tak sampai 10 kali...
Self pick up di Shah Alam...

PM saya jika berminat: 0134807930 Baiti
Cepatnye masa berlalu...sekarang Yaya dah ade adik dah...Kakak pun dh 5 tahun...

Wednesday, September 30, 2015

Ubahsuai Baju Kurung Kepada Baju Kurung Menyusu

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...

Hari ni saya nak kongsi sesuatu kepada ibu2 yang menyusukan anak.
Korang ada tak baju kurung biasa yang tak pakai sebab susah nak menyusukan bayi anda?
Saya percaya ramai ibu2 menyusukan bayi dan pada masa yang sama ingin tampil elegan dengan berbaju kurung.

Meh saya share cara nak ubahsuai baju kurung anda kepada baju kurung menyusu dengan mudah.

Bahan2 Yang diperlukan:
1. Baju kurung
2. Zip* (dalam 10 inci)
3. Gunting kain
4. Pembaris
5. Mesin Jahit dan Mesin Kelim**

*Zip ni ada banyak jenis. Boleh guna zip biasa, zip jaket dan zip sorok. Yang saya guna ni zip jaket.

**Kalau tiada mesin jahit atau tak reti guna boleh cuba jahit tangan tapi penat sikit kot.

Cara2nya boleh refer caption pada gambar ye.

Ini baju kurung asal yang belum diubahsuai.

Ambil zip dan tandakan panjang baju yang akan dipotong.
Tandakan sehingga 2inchi melebihi panjang zip.
Kalau zip 10inc, tandakan 12inc.

Bila dah potong, kelim bahagian tersebut.

Mulakan jahitan dari bahagian bawah zip.

Teruskan jahitan ke keliling zip.
*Gunakan tapak zip.

Proses jahitan keliling zip.

Tadaaaaaa.....Dah siap! =)

Selamat mencuba!!!
Untuk tempahan? Boleh wasap adik saya di 019-7522306 (Tia Sabri)

Tuesday, September 29, 2015

Sakit Sendi Kerana Makan Daging???

Pernah dengar tak kaitan makan daging dengan sakit sendi?
Pernah dengar tak orang sakit gout tak boleh makan daging?
Boleh cuba kurangkan atau hilangkan sakit sendi itu dengan AJHT Shaklee.
Belum cuba belum tahu.
Baiti 013.480.7930

Banglo Mewah Untuk Dijual Di Pak Madah Terengganu

Assalamualaikum...

Tumpang iklan jap... Rumah banglo untuk dijual...
Banglo mewah untuk DIJUAL dia Kg Pak Madah Kuala Terengganu.

Berikut adalah butir2 banglo tersebut:
* Harga RM380K (nego)
* Keluasan 2000 kaki persegi
* 4 Bilik Tidur 3 Bilik air
* Terletak 3KM dari jalan utama Kuala Terengganu-Kuala Berang

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
<3 Baiti 013-4807930
<3 Din   013-4267930

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang

Pandangan Belakang 2

Pandangan Sisi Tepi

Pandangan Sisi Tepi

Dapur Basah

Koridor Bilik

Koridor Bilik 2

Bilik Utama

Ruang Tamu

Ruang Tamu 2

Tandas Bilik Utama

Tandas

Monday, September 7, 2015

Tips Elak Anak berebut mainan

Mesti ramai ibu bapa yang pening apabila anak2 selalu berebut mainan kan? Saya juga mengalami masalah yang sama. 

Di sini saya nak kongsikan cara menagatasi masalah saya dan ibu bapa lain tentang permasalahan ini.

1. Bagi mereka main permainan yang memerlukan 2 orang atau lebih pemain seperti:

Main jual-jual.
Permainan ini memerlukan seorang menjadi jurujual dan seorang (atau lebih) lagi menjadi pembeli.
Contoh mainan yang boleh didapati di internet dengan mudah.


Main doktor & pesakit.
Permainan ini memerlukan seorang menjadi doktor dan seorg (atau lebih) lagi menjadi pesakit.
Contoh permainan yang boleh di beli di internet dengan mudah atau boleh dapatkannya di kedai ECO (RM2)


Main Cikgu-cikgu.
Saya sendiri suka main permainan ini sewaktu kecil. Bagi mereka buku2 yang boleh di tulis apa sahaja. Jadikan anak paling besar sebagai cikgu/guru dan yang lain jadikan sebagai murid/pelajar.
Kalau ada buku2 atau diari2 lama boleh bai mereka untuk bermain cikgu-cikgu ni.


2. Bagi mereka main permainan yang sama jenis. 
Contoh paling mudah ialah bermain dengan playdoh. Tak tau mana nak cari playdoh yang selamat untuk anak2? Mudah je, kita buat sendiri playdoh. Bolek KLIK DI SINI untuk cara2 membuat playdoh.

Tuesday, September 1, 2015

How to Download Video from Youtube / Cara Download Video dari Youtube

Mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana nak save / download video dari Youtube kan?
Meh saya ajarkan beberapa cara mudah untuk save / download video dari Youtube ni.

1. Buka Youtube dan search nama video yang kita nak download. Untuk contoh ni saya search lagu Maher Zain - Never Forget.

2. Bila dah kuar video yang kita search tadi, pergi kat link tab atas tu dan tambahkan 'ss' selepas http://www.  dan dia akan jadi lebih kurang camni http://www.ssyoutube.com/bla bla bla

3. Selepas tu akan kuar page baru untuk download / save file video tersebut.



4. Last sekali tekan 'Download' dan secara otomatik file itu akan terdownload =).

Monday, August 31, 2015

Homemade Playdoh

Buat playdoh sendiri dengan bahan2 yang mudah didapati. Mudah dan tidak membahayakan kanak2 dengan bahan kimia.

Bahan2 nya:

  1. Garam halus - 1.5 cawan
  2. Tepung gandum - 3 cawan
  3. Pewarna - suka hati
  4. Air panas - secukup rasa
  5. Minyak masak - satu sudu
Cara2 membuatnya:


  1. Campurkan garam halus dan gandum. Ayak bagi sebati.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Bila dah elok2 jadi doh, asingkan 2 bahagian utk tambah pewarna.
  3. Ambil 1 bahagian yg dh diasingkan dan letak pewarna. Uli bg pewarna sebati.
  4. Last sekali masukkan satu susu minyak masak utk setiap bahagian tadi supaya doh itu cantik tidak pecah.
Doh yang dicampurkan dengan pewarna. Gaulkan hingga sebati.
Hasil doh dengan campuran warna hijau.
Hepi kids dengan playdoh buatan Mama.

Sunday, August 30, 2015

Hapuskan Lemak Raya Segera!!

Raya raya jugak, jangan beraya dengan lemak2 bahaya ye...
.
Jom nyah kolestrol raya dengan #OmegaGuard #Shaklee ni...
.
0134807930 Baiti Sabri (FB)
#SayaJualShaklee #ShakleeTerengganu #CodMarang #CodGongBadak #CodKualaTerengganu #SetKurusBajet

Basic-H Yang Hebat

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya nak share betapa sukanya basuh baju sekolah CikBal yang selalu lasak kat sekolahnya...

Sebelum ni saya sebagai ibu berkerjaya ni mmg sumbat je baju dia dalam washing machine dan akibatnya kotoran mmg susah nak hilang. Sekali terpikir, nak try rendam dengan Basic-H la, tengok apa jadi.

Kesan dia sangat menakjubkan. Saya cuma rendam baju CikBal semalaman dengan beberapa titis Basic-H sahaja. Esoknya saya cuma sental dengan tangan je sebab tak jumpa berus baju (aka hilang..hahaha). Nah, bila kering mmg hampir 99% kesan hitam tu hilang. Tenaga pun jimat tak perlu sental dengan kuat.

Terima Kasih Shaklee...

013-4807930 Baiti
COD Kuala Terengganu
COD Marang
COD Gong Badak  


Thursday, August 6, 2015

Luka Pembedahan Cepat Sembuh Dengan Zinc Complex Shaklee

Rasa PUAS HATI beranak walaupun ceaser???
.
Pengakuan ikhlas dr kakak ipar sendiri yang mengamalkan #ZincComplexShaklee sebagai penyembuh luka. Susu pun meriah.
.
Ditakdirkan kakak ipar saya terpaksa beranak melalui 'tingkap' utk ketiga2 anaknya tapi luka pembedahan yg ketiga sgt cepat kering. Alhamdulillah semuanya dgn izin Allah jua...
.
Haa....zinc complex ni bukan untuk luka melahirkan secara ceaserean je tau...yang beranak normal pon boleh amalkan untuk merawat luka jahitan dan luka dalaman.
.
Baiti 013.4807930

Tuesday, August 4, 2015

Cadangan Set Kesihatan Untuk Kanak-kanak

Ada customer tanya saya, "Betul ke amik set utk kanak2 ni anak2 tak kan jatuh sakit?"
Jawapan saya, "Sakit, ajal maut tu rahsia Allah, kalau Allah bg sakit, sakit la kita..."

Tapi apa yang saya nampak, sejak anak2 ambil set kesihatan ni, kesihatan bertambah baik. Bukan x sakit langsung tapi kalau dulu selsema datang singgah kat hidung anak 4@5 kali sebulan, sekarang dh kurang jadi sekali atau dua kali je sebulan. Kalau demam pon xlama, sehari dua dah baik.

Kenapa? Kerana set ini membantu meningkatkan daya ketahanan dalam badan anak2. Nama pun kanak2 kalau tak main kotor tak sah la kan. Mudah terkena jangkitan.

Percutian KAMI di Cherating, Pahang

Minggu lepas kami ada kenduri dia Kemaman... Alang-alang pergi tu saya plan terus nak stay kat chalet di Cherating... Walaupun perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kemaman tu tak sampai 2 jam, tapi rasa jugak nak bawak anak2 bermain di tepi pantai...

Di bawah ni saya kongsikan gambar2 kami di sana.


Gambar ni di ambil dari pintu gerbang Chalet tu..Masuk dalam lg adaa byk lagi chaletnya dan kami parking betul2 depan pintu bilik chalet. Seronok kan?






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...